Thursday, February 18, 2010

RAGBI SDAR KE ANTARABANGSA : 20 - 21 FEB 2010


4 orang pemain ragbi SDAR telah diberi pengiktirafan mewakili Malaysia ke DHL/BLRFC International Junior Tens Tournament. Perlawanan ini akan berlangsung pada 20 - 21 Februari 2010 di Bangkok, Thailand. Perlawanan anjuran Combined Old Boys Rugby Association dengan sokongan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia ini telah mengangkat keupayaan pelajar SDAR dalam aktiviti kokurikulum ke persada antarabangsa sejajar dengan objektif SDAR sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Terdahulu, mereka telah menjalani latihan di Kelab Cobra, Petaling Jaya pada 20 - 24 Januari 2010 dan 16 - 20 Februari 2010. Pasukan Malaysia ini akan bertolak dari LCCT ke Bangkok pada 19 Februari 2010 jam 1.00 petang.
Tahniah kepada Abang Afiq bin Abang Maha, Ahmad Radhi bin Sahrom, Uzairil Hakim bin Ahmad Azmi dan Amirul bin Sani kerana berjaya ke pencapaian tertinggi ini.

1 comments:

Anonymous said...

nama uzairil Hakim B.AHmad azmi je lah.....