Sukan tara sempena HOTS merupakan acara tahunan dan menjadi pelengkap kepada kejohanan olahraga. Sukan tara tahun ini berlangsung 9 dan 10 Februari dari jam 3.00 petang hingga 6.30 petang. Acara yang diuji kepada semua pelajar ialah acara balapan (100m dan 800m) dan acara padang (lontar peluru dan lompat jauh). Tujuan utama sukan tara dijalankan ialah memberi peluang kepada semua pelajar terlibat dengan aktiviti bersukan dan memperolehi markah merit kokurikulum untuk kemasukan ke IPTA . Di samping itu, acara ini memberi peluang kepada semua ahli rumah sukan untuk mengumpul mata bagi memastikan kemenangan rumah sukan masing - masing.
Peraturan acara balapan :
1. Setiap peserta dibenarkan lari sekali sahaja dalam setiap acara
2. Penjaga masa akan meniup wisel sebanyak 2 kali. Wisel pertama menandakan tamat masa
kelayakan mendapat 2 mata dan wisel ke dua menandakan tamat masa untuk mendapat 1
mata.
Peraturan acara padang
1. Setiap peserta dibenarkan membuat 2 kali percubaan sahaja.
2. Sekiranya seseorang peserta mendapat 1 mata untuk percubaan kali pertama, matanya akan
dicatatkan. Ia dibenarkan mencuba bagi kali kedua untuk untuk mendapat 2 mata.
0 comments:
Post a Comment