Kejohanan Hoki Enam Sebelah Bawah 16 Tahun 2010 dianjurkan oleh Persatuan Hoki Negeri Sembilan. Kejohanan ini merupakan acara tahunan. Pada tahun ini sebanyak 36 pasukan telah mengambil bahagian dan disertai oleh 15 buah sekolah seluruh Negeri Sembilan. Sekolah terbanyak menghantar pasukan ialah SMK TBS,Tampin iaitu 10 pasukan diikuti dengan SMK Mohd Taha, Gemencheh sebanyak 4 pasukan dan SDAR sebanyak 3 pasukan. Perlawanan ini dijalankan selama 12 minit.
2 daripada 3 pasukan SDAR adalah pasukan pelapis yang terdiri daripada pemain tingkatan 1 dan 2. Manakala pula pasukan utama iaitu SDAR A dibarisi oleh pelajar tingkatan 3 dan 4. Objektif utama SDAR menyertai kejohanan ini ialah memberi pendedahan dan meningkatkan keyakinan pemain - pemain pelapis melalui suasana sebenar perlawanan dijalankan. Di samping itu juga kejohanan ini memberi ruang dan peluang kepada pasukan utama SDAR untuk membuat persiapan menghadapi Liga Hoki SBP 2010 yang akan dijalankan pada April akan datang. Pengalaman menentang sekolah - sekolah hebat seperti TBS dapat diaplikasikan dalam pertandingan yang lain.
Keputusan perlawanan SDAR B ( pasukan pelapis):
SDAR B - STJ B (0 - 0)
SDAR B - TBS LILAC (0 - 0)
SDAR B - SPI A ( 1 - 0)
Keputusan perlawanan SDAR C (pasukan pelapis) :
SDAR C - SMK DUHA (0 - 2)
SDAR C - STJ A (0 - 3)
SDAR C - TBS MOHD (1 - 0)
SDAR C - TBS ROZ (0 - 2)
Keputusan perlawanan SDAR A
Pusingan pertama
SDAR A - TAHA RED (2 - 0)
SDAR A - TBS NG (0 - 2)
SDAR A - PALONG 7 (0 -0)
Pusingan ke 2
SDAR A - TBS (0 - 1)
Pencapaian pasukan utama SDAR meningkat berbanding tahun sebelum ini. Peningkatan ini menjadi pendorong kepada pemain untuk terus berlatih untuk menghadapi perlawanan MSSMNS dan SBP. Jurulatih pasukan SDAR juga telah merangka beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan - pasukan hebat sebagai usaha meningkatkan keupayaan dan kemahiran pasukan Hoki SDAR.
0 comments:
Post a Comment