Saturday, April 10, 2010

PERTANDINGAN KAWAT KAKI NGO PERINGKAT SEREMBAN 2

Tarikh : 10 April 2010
Tempat : SMK Seri Pagi, Senawang
Pegawai : En. Salehudin Pungut & En. Izrul Azmi Mohd Nasir
Pasukan : Pengakap

Keputusan Pertandingan
Johan : SDAR
Platun Terbaik : SDAR

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS DAERAH SEREMBAN 2010

Tarikh : 6 hingga 9 April 2010
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Pegawai : En. Mohd Azhar bin Ma Hassan dan En. Mohd Azmi bin Sakimin

Keputusan pertandingan SDAR :
4 emas
100m kelas 1, lompat tinggi kelas 1, 110m berpagar kelas 1 dan 200m berpagar kelas 1

3 perak
100m kelas 2, lompat kijang kelas 2 dan 4x100m kelas 1

2 gangsa
lompat kijang kelas 2, 4x100m kelas 2

Monday, April 5, 2010

HOKI TAMBAH PENCAPAIAN 2010

Liga Hoki SBP Zon Selatan telah berlangsung di Stadium Hoki Seremban 2 pada 1 hingga 3 April 2010 yang dikelolakan oleh SMAP Labu. Sebanyak 11 buah sekolah telah mengambil bahagian bagi kategori lelaki bawah 16 tahun.


Pengetua Cemerlang SDAR sedang memberi suntikan motivasi kepada pemain sebelum berlangsung pertandingan akhir.

Berikut adalah keputusan pertandingan :
Pusingan Pertama :
1. SDAR lwn SASER, Seremban (1-0)
2. SDAR lwn STJ, Kuala Pilah (1-0)
3. SDAR lwn SMSSI, Mersing (1-0)
SDAR menjadi Johan Kumpulan dan berjaya ke pusingan ke 2


Berilmu Untuk Berjasa 2 sebagai pembakar semangat SDAR

Pusingan ke 2
1. SDAR lwn SBPI Jempol (2-0)
2. SDAR lwn SMSJ, Kluang (1-2)
SDAR menjadi Naib Johan Kumpulan dan berjaya ke Separuh Akhir


Separuh Akhir
1. SDAR lwn SMAP Labu ( 2-0)
SDAR menang dan berjaya ke Peringkat Akhir




Post mortem oleh jurulatih.

Peringkat Akhir
1. SDAR lwn SMSJ, Kluang (3-1)

SDAR Naib Johan Liga Hoki SBP Zon Selatan dan akan mewakili Zon Selatan bersama SMSJ, Kluang ke Liga Hoki SBP Peringkat Kebangsaan di STAR Ipoh pada Mei 2010 nanti.

Majlis Penutup Liga Hoki SBP Zon Selatan 2010
Majlis Penyampaian Hadiah: SDAR Naib Johan SBP Zon Selatan

MEMANAH KE 3 KEBANGSAAN

Kejohanan Memanah SBP Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 26 hingga 28 Mac 2010 di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Sebanyak 47 buah SBP telah mengambil bahagian bagi kategori lelaki. SDAR diwakili oleh Mohamad Zulhasmi Hamzah (5R), Azrul Aziq Azmi (4K) dan Muhammad Aiman Hashim (3Z). 4 kategori acara telah dipertandingkan iaitu 70m, 60m, 50m dan 30m.

Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:

Keseluruhan Individu
1. Mohamad Zulhilmi mengumpul mata 1096 (tempat ke 8)
2. Azrul Aziq Azmi mengumpul mata 1055 (tempat ke 9)
3. Muhammad Aiman Hashim mengumpul mata 113o ( ke 5)

Keseluruhan kumpulan
SMAP Kajang (Johan Kebangsaan)
Maktab Tentera Diraja (Naib Johan Kebangsaan)
SDAR (ke 3 Kebangsaan)

Saturday, March 27, 2010

MTAQ PERINGKAT DAERAH : SDAR CAPAI SASARAN

Majlis Tadarus Al Quran (MTAQ) Peringkat Daerah Seremban 2 telah dijalankan di SMK Seri Pagi, Seremban pada 27 Mac 2010. Acara yang dipertandingkan ialah Syarahan, Hafazan dan Tilawah Al Quran. SDAR telah menyertai ke tiga - tiga acara.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :
1. Syarahan Agama : SDAR Johan Daerah
2. Hafazan Al Quran : SDAR Johan Daerah
3. Tilawah Al Quran : SDAR Naib Johan Daerah.
Dengan keputusan itu, SDAR akan mewakili Daerah Seremban 2 ke Peringkat Negeri MTAQ yang akan diadakan tidak lama lagi.

Thursday, March 25, 2010

AKTIVITI UNIT BERUNIFORM KALI KE 8 : PERTANDINGAN TARIK TALI ANTARA UNIT BERUNIFORM


Pertandingan Tarik Tali Antara Unit Beruniform SDAR telah dilaksanakan pada 24 Mac 2010 sebagai pengisian perjumpaan aktiviti kokurikulum pada hari Rabu. Aktiviti ini telah dijalankan pada jam 4.00 petang di padang sekolah dan melibatkan 2 kategori iaitu Menengah Atas dan Menengah Bawah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pasukan PKBM SDAR.
Tujuan aktiviti ini dijalankan ialah untuk memupuk rasa persefahaman dan kerjasama dalam satu pasukan. Selain daripada itu, aktiviti ini dapat membentuk semangat bersaing dan berlumba - lumba mencipta kejayaan. Melalui aktiviti ini juga, elemen yang perlu diterapkan dalam unit beruniform iaitu latihan ketahanan fizikal dapat diaplikasikan dalam kalangan pelajar SDAR.


Keputusan keseluruhan akan dimaklumkan kemudian kerana pertandingan masih diteruskan untuk peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

CATUR : SDAR TERPILIH WAKIL DAERAH KE MSS NEGERI SEMBILAN 2010

Pada 24 Mac 2010, sesi pemilihan peserta catur MSS Daerah Seremban 2 Kategori bawah 18 tahun ke MSSNS telah berlangsung di SMK Panchor, Seremban. SDAR telah menghantar seramai 4 orang calon iaitu Muhammad Faris b Aminuddin, Uthman B Ab Aziz, Rais bin Abdul Rahman dan Tuan Muhammad Fauzan b Tuan Ibrahim di bawah seliaan Cik Sharida bt Abu Talib.
Berikut adalah keputusan sesi pemilihan:
1. SDAR mendapat tempat pertama Kategori Berpasukan yang diwakili oleh Uthman b Ab. Aziz (Tingkatan 4) dan Tuan Muhammad Fauzan b. Tuan Ibrahim (Tingkatan 3)
2. SDAR mendapat tempat pertama (Tuan Muhammad Fauzan b. Tuan Ibrahim) dan tempat ke 3 ( Uthman b. Ab. Aziz) bagi kategori individu.
Dengan pencapaian tersebut, Tuan Muhammad Fauzan b. Tuan Ibrahim dan Uthman b. Ab . Aziz akan mewakili Seremban 2 ke peringkat negeri.