Saturday, February 6, 2010

PERKHEMAHAN JATIDIRI BENDAHARA DAN TEMENGGUNG : 5 - 7 FEB 2010


Perkhemahan Jatidiri Rumah Bendahara dan Temenggung berlangsung di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah. Bermula dari 5 Februari hingga 7 Februari 2010, program ini disertai oleh semua ahli rumah tersebut iaitu seramai 350 orang pelajar.

Program ini mendapat sokongan dan kerjasama erat daripada PIBG dan pihak PIBG SDAR telah menyediakan peruntukan kewangan untuk menjayakan program ini.

Objektif utama perkhemahan ini ialah meningkatkan semangat jatidiri dalam kalangan warga SDAR. Keupayaan survival dalam diri turut diterapkan melalui aktiviti - aktiviti lasak yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini. Semangat kekitaan dan kerjasama dalam kumpulan juga menjadi objektif pelaksanaan program tahunan ini.

Guru - guru rumah Bendahara dan Temenggung turut serta menjayakan perkhemahan ini. Peranan guru bukan sahaja sebagai fasilitator perkhemahan tetapi program ini memberi ruang yang luas kepada guru dan pelajar untuk berinteraksi lebih rapat dan intim melalui aktiviti di luar bilik darjah ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah memasak dalam kumpulan, night walk, mendaki gunung angsi, riadah sungai dan pertandingan berkumpulan.

Perkhemahan ini juga memberi pengalaman baru kepada pelajar - pelajar tingkatan 1 yang baru sahaja bergelar warga SDAR. Diharapkan semangat SDARIAN dapat diterapkan dalam diri mereka melalui program ini.

Bak kata Pengetua Cemerlang SDAR "Orang yang cemerlang sentiasa mempunyai ketahanan diri yang tinggi dan disiplin yang kuat". Dan melalui perkhemahan inilah golongan tersebut mampu dilahirkan.


0 comments: