Bahang Hari Kecemerlangan SBP Zon Selatan atau lebih dikenali sebagai PPM Zon Selatan semakin terasa. Hari berprestij ini akan dijalankan pada 11 - 15 Mac 2010 di Sekolah Menengah Sains Muar, Johor. Seperti kelazimannya, Perlawanan Bola Keranjang, Bahas dan Debate menjadi taruhan setiap SBP Zon Selatan untuk muncul juara bagi mewakili Zon Selatan 2010. Turut menjadi cita - cita besar ini ialah Pasukan Debat SDAR dengan meletakkan sasaran Johan Bahas Peringkat Kebangsaan 2010. Bagi mencapai sasaran tersebut, UM dipilih sebagai lokasi melatih peserta SDAR. Bermula pada 12 Februari 2010, 4 orang pendebat SDAR telah dilatih oleh bekas pelajar - pelajar SDAR yang kini menuntut di UM. Mereka juga merupakan bekas pendebat sekolah dan aktif dalam aktiviti bahas di UM. Pengalaman dan petua - petua yang diberikan oleh mereka sudah tentu dapat meningkatkan kemahiran pembahas-pembahas SDAR 2010.
Pada 17 hingga 21 Februari 2010, pasukan Debat SDAR akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Debat Terbuka ASTAR, UM 2010 sempena Hari Terbuka Kolej Tuanku Abdul Rahman UM. Pertandingan ini terbuka kepada semua pasukan debat di IPT. Dengan sasaran 'mampu mengalahkan pasukan debat IPT', aktiviti ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan diri pendebat dan menggandakan keupayaan pendebat SDAR mengeluarkan hujah - hujah yang bernas ketika HKSBP Zon Selatan dan Peringkat Kebangsaan.
Usul Debat Terbuka ASTAR bagi Pendidikan ialah:
1. Lambakan Graduan Pendidikan, Silapnya Pada Graduan
2. Semua IPT Wajar Dinaik taraf sebagai 'Universiti R&D'
3. Sudut Pidato: Satu Langkah ke Belakang
4. Kini, Mahasiswa Malaysia Sudah Merdeka
5. Kembali ke Bahasa Melayu, kerana Kita Belajar dari Kesilapan
6. Sekolah Berprestasi Tinggi, Satu Lagi Jenama
0 comments:
Post a Comment