Tuesday, March 23, 2010

Sesi Pemilihan Peserta ke Peringkat Negeri Bermula

Pada tahun ini Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah mengubah format pertandingan sukan selaras dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan. Pertandingan sukan pada peringkat daerah telah dimansuhkan dan pemilihan peserta ke peringkat negeri hanyalah melalui sesi pemilihan.
Melalui sesi pemilihan, setiap sekolah dibenarkan menghantar 1 - 4 orang pelajar untuk diuji kemahiran mereka dan dinilai oleh pengadil. Pelajar yang terbaik akan dipilih mewakili daerah ke peringkat negeri.
Selaras dengan kehendak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, SDAR juga turut menghantar para pelajar ke sesi pemilihan tersebut:
1. Sesi Pemilihan peserta Ping Pong Bawah 18 thn (23 Mac)
2. Sesi Pemilihan peserta Catur Bawah 18 thn (24 Mac)
3. Sesi Pemilihan peserta Badminton bwh 18 thn (25 Mac)
Diharapkan peserta SDAR akan terpilih mewakili Daerah ke Peringkat Negeri.

0 comments: