Wednesday, March 3, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN UNTUK TINGKATKAN KEUPAYAAN : 3 MAC 2010




SDAR telah mengadakan Pertandingan Debat dan Debate Persahabatan pada 3 Mac 2010 dengan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras. Pertandingan Persahabatan ini bertujuan untuk memantapkan keupayaan pasukan debat dan debate masing - masing yang akan mewakili sekolah ke pertandingan HKSB Zon Selatan dan ZonTengah. HKSBP Zon Selatan akan berlangsung di SMS Muar pada 12 hingga 15 Mac 2010. Tiada pemenang diumumkan. Pihak juri bersetuju untuk hanya memberi komentar kepada para pembahas untuk memperbaiki mutu perbahasan.


Dalam masa yang sama pasukan bola sepak SDAR telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan SMK Seremban Jaya di padang SDAR. Perlawanan ini merupakan perlawanan kali ke 2 bagi tahun 2010. Terdahulu, pasukan bola sepak SDAR telah kalah melawan SSAS di Piala SASDAR pada 28 Februari lalu dengan mata 1-2 melalui tendangan penalti. Pengalaman berlawan di SSAS memberi kekuatan kepada SDAR untuk menang 5-0 dengan SMK Seremban Jaya.


Aktiviti kokurikulum unit beruniform kali ke 7 turut dijalankan pada hari Rabu ini. Program pemilihan ahli kawat GO untuk mewakili sekolah telah diadakan. Program ini bertujuan untuk membentuk pasukan kawat GO yang mantap dan mampu bersaing dengan sekolah - sekolah harian yang sering menjuarai Pertandingan Kawat Kaki Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Pada tahun lepas Pasukan Pengakap SDAR telah menjadi Johan Pertandingan Kawat NGO Peringkat Negeri dan mewakili Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan.




Di Gelanggang Hoki Seremban 2, Pasukan Hoki SDAR telah menyertai saringan Pertandingan Hoki (L) Liga Sekolah Bawah 18 Tahun Sekolah - Sekolah Negeri Sembilan. SDAR telah layak menyertai kejohanan tersebut apabila telah menang 2-1 menentang SMK Batu Kikir pada peringkat saringan. Liga tersebut akan dijalankan mulai minggu hadapan.

0 comments: