Monday, April 5, 2010

MEMANAH KE 3 KEBANGSAAN

Kejohanan Memanah SBP Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 26 hingga 28 Mac 2010 di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Sebanyak 47 buah SBP telah mengambil bahagian bagi kategori lelaki. SDAR diwakili oleh Mohamad Zulhasmi Hamzah (5R), Azrul Aziq Azmi (4K) dan Muhammad Aiman Hashim (3Z). 4 kategori acara telah dipertandingkan iaitu 70m, 60m, 50m dan 30m.

Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:

Keseluruhan Individu
1. Mohamad Zulhilmi mengumpul mata 1096 (tempat ke 8)
2. Azrul Aziq Azmi mengumpul mata 1055 (tempat ke 9)
3. Muhammad Aiman Hashim mengumpul mata 113o ( ke 5)

Keseluruhan kumpulan
SMAP Kajang (Johan Kebangsaan)
Maktab Tentera Diraja (Naib Johan Kebangsaan)
SDAR (ke 3 Kebangsaan)

0 comments: