Sunday, February 21, 2010

DEBAT TERBUKA ASTAR UM : SDAR KE TIGA TERBAIK ANTARA UNIVERSITI : 20 FEB 2010

Pertandingan Debat Terbuka anjuran Kolej Tuanku Abdul Rahman (ASTAR) Universiti Malaya yang berlangsung pada 17 - 21 Februari 2010 telah meletakkan Pasukan Bahas Sekolah Dato' Abdul Razak Seremban sebaris dengan pasukan - pasukan debat universiti yang hebat. Keupayaan pasukan debat SDAR mengeluarkan idea bernas dan hujah yang konkrit telah mencuri perhatian juri untuk mengiktiraf Pasukan Bahas SDAR yang terdiri daripada 4 orang pelajar 15 tahun mampu berdaya saing dengan pelajar - pelajar universiti yang jauh lebih matang dan dewasa. Sebanyak 56 pasukan bertanding untuk merebut gelaran juara dan Pasukan Bahas SDAR mampu melangkah ke tangga ke 3 di hadapan 53 pasukan yang lain.

Berikut adalah keputusan pertandingan yang telah dikirim oleh guru pembimbing iaitu En. Muhammad bin Md. Derus






Keputusan yang telah dicapai oleh pasukan SDAR ini telah mencapai sasaran iaitu 'mampu mengalahkan pasukan debat IPT'. Pengalaman - pengalaman yang diperolehi daripada pertandingan ini merupakan aset penting kepada pembahas SDAR dalam perjuangan merebut gelaran Juara Pertandingan Bahas Peringkat Kebangsaan HKSBP 2010 yang akan datang.


1 comments:

Tamrin: Sdarian 79-83 said...

Syabas! Way to go! Tahun ni kita sapu bersih PPM and also UIA Inter School...InsyaAllah. X-Sdarian sedia membantu..jgn risau !