Setelah bahang HOTS 10 tamat, aktiviti kokurikulum Sekolah Dato' Abdul Razak Seremban terus disemarakkan dengan Pertandingan Nasyid Peringkat Sekolah menerusi program Minggu Penghayatan Islam (MPI) 2010 yang akan berlangsung pada 21 Februari hingga 24 Februari 2010. Pertandingan ini dijalankan di Masjid AlQuds SDAR pada pukul 2.30 petang tadi. Sebanyak 14 buah kumpulan nasyid telah mengambil bahagian yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3.
Pertandingan ini bertujuan untuk menyemarakan aktiviti - aktiviti kerohanian dalam kalangan warga SDAR. Selain daripada itu, pertandingan ini juga dapat mencungkil bakat - bakat baru dalam aktiviti bernasyid untuk diketengahkan dan menjadi pasukan pelapis nasyid sekolah.

Pertandingan ini telah dihakimi oleh guru - guru SDAR iaitu Cik Shazreen Azmi, Cik Siti Farah Nadiah dan Pn. Norlinda.
0 comments:
Post a Comment