Tuesday, February 23, 2010

RALUCA FI SDAR & SDAR SYMPHONIC BAND DI TV3 : 23 FEB 2010

SDAR mencatat sejarah apabila kejayaan dua pasukan berprestasi tinggi SDAR telah dipancarkan diseluruh negara melalui Malaysia Hari Malaysia (MHI) TV3. Pasukan tersebut ialah Raluca FI dan SDAR Symphonic Band. Turut hadir dalam program ini ialah Tn. Hj. Zakaria bin Md. Zin, Pengetua Cemerlang SDAR, Penolong Kanan Kokurikulum dan guru penasihat pasukan.
SDAR Symphonic Band telah memulakan slot dengan persembahan pertama iaitu lagu Getaran Jiwa. Program ini adalah sebahagian daripada siri promosi La Reverie: The Concert iaitu konsert pertamanya yang akan berlangsung di Auditorium RTM pada 27 Februari 2010 ini. Sebagai penutup MHI hari ini, SDAR Symphonic Band telah membuat persembahan ke duanya dengan lagu Gelora.
Di studio Seri Pentas pula, Tn. Hj. Zakaria bin Md. Zin, Pengetua Cemerlang dengan nada yakin menyatakan matlamat SDAR ke Pertandingan F1 In School Peringkat Antarabangsa di Singapura adalah mencipta kemenangan dan mengharumkan nama Malaysia.
Ahli pasukan Raluca F1 SDAR terdiri daripada 4 orang pelajar iaitu Haziq Asyraf bin Marzuki, Wan Faiq Amsyar bin Wan Ariffin, Danial Iman bin Che Khalib dan Muhammed Hussein bin Haron.
Dalam slot temubual bersama pengantara Ally Iskandar, Haziq Asyraf selaku 'Design Engineer' menerangkan peranannya sebagai perekabentuk kerata dan membuat penyelidikan untuk menghasilkan kereta yang terpantas. Wan Faiq Amsyar pula bertindak sebagai 'Manufacturing Engineer' yang berperanan sebagai penasihat dan ketua penyelidik bagi menghasilkan kereta yang memenuhi prospek pertandingan.
Danial Iman bin Che Khalib yang ditugaskan sebagai 'Resourse Manager' bertanggungjawab untuk mendapatkan dana dan kewangan bagi memastikan tabungan kewangan pasukan di tahap yang maksimum. Muhammad Hussein pula bertindak sebagai 'Graphic Designer' dan bertanggungjawab dengan kerja - kerja berkaitan dengan grafik dan portfollio pasukan.


0 comments: