Wednesday, February 24, 2010

PERTANDINGAN FUTSAL SYABAB CERGAS : 23 FEB 2010


Sempena Minggu Penghayatan Islam MPI 2010, aktiviti kokurikulum terus disemarakkan dengan Pertandingan Futsal Antara Rumah yang melibatkan tingkatan 4 dan 5. Pertandingan ini telah dijalankan pada jam 5.30 petang di gelanggang tennis. Objektif aktiviti ini ialah menerapkan nilai - nilai kerohanian dalam jiwa setiap pelajar SDAR melalui aktiviti kokurikulum seperti membaca doa sebelum pertandingan dimulakan, tidak dibenarkan memakai seluar pendek, tidak menggunakan bahasa kasar dan kotor sepanjang perlawanan dan tazkirah dimasukkan sebagai pengisian ketika aktiviti dijalankan.

Keputusan perlawanan akan diumumkan ketika Majlis Penutup MPI 2010 pada 24 Februari 2010 jam 8.30 malam di Dewan SDAR. Selain daripada Futsal, beberapa aktiviti turut dijalankan iaitu Hafazan, Tilawah AlQuran, Pertandingan Azan, Pertandingan Khat dan Mereka Cipta Blog Islami

0 comments: