Thursday, February 11, 2010

MAJLIS RAMAH MESRA SDARA - SDAR SEMARAKKAN AKTIVITI KOKURIKULUM SDAR : 11 FEB 2010


11 Februari 2010- 10.30 malam tadi SDAR telah dikunjungi oleh SDARA Pusat dan SDARA Negeri Sembilan dalam satu majlis ringkas tetapi amat bermakna iaitu Majlis Ramah Mesra SDARA-SDAR. Majlis ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan SDAR-SDARA agar kecemerlangan SDAR terus meningkat sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi khususnya dalam bidang kokurikulum.

Dalam ucapannya, Tn. Hj. Zakaria bin Md. Zin, Pengetua Cemerlang dengan jelas menyatakan misi dan visinya untuk meletakkan SDAR di hadapan dalam kalangan Sekolah Berprestasi Tinggi dengan cara mengangkat martabat kokurikulum SDAR ke persada antarabangsa melalui Ragbi, Wind Orkestra dan Debate. Pasukan Ragbi SDAR telah berada di arena antarabangsa apabila 4 orang pemain ragbi SDAR terpilih mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa di Bangkok hujung Februari ini. Pasukan Wind Orkestra SDAR pula terus merintis jalan untuk menempa nama di persada antarabangsa dengan perancangan menyertai pertandingan di Singapura dan France pada Julai ini. Penekanan juga diberikan kepada aktiviti koakademik seperti bahas, Olympiad dan F1 In School dan usaha yang berterusan dilakukan bagi memastikan pencapaian SDAR meningkat ke peringkat antarabangsa.

Ibarat kata senada, YDP SDARA juga amat bersetuju dengan misi & visi yang diperjuangkan oleh Pengetua Cemerlang. Sebagai sokongan yang tidak berbelah bahagi, beliau telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000.00 setiap tahun kepada SDAR. Sumbangan ini sudah tentu dapat menyemarakkan lagi aktiviti kokurikulum SDAR seterusnya pencapaian yang lebih hebat dapat dicapai.

Pada pertemuan ini, SDARA juga telah menyumbang RM5000.00 kepada pasukan bola keranjang SDAR. Sumbangan ini amat bermakna kepada pasukan bola keranjang dan menjadi motivasi kepada pemain... lebih - lebih lagi mereka akan mewakili sekolah ke peringkat Zon Selatan di HKSBP pada 11-15 Mac ini.




0 comments: