Pasukan Bola Keranjang SDAR telah menganjurkan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Bola Keranjang Sekolah Menengah Sains Seremban pada jam 5.30 petang tadi. Perlawanan berlangsung di gelanggang bola keranjang SDAR. Tujuan perlawanan persahabatan ini dijalankan ialah sebagai persediaan pasukan SDAR menghadapi Kejohanan Bola Keranjang sempena HKSBP Zon Selatan yang bakal diadakan pada 11 - 15 Mac 2010 di Sekolah Menengah Sains Muar.
Perlawanan persahabatan ini juga merupakan sebahagian daripada siri latihan yang dirancang oleh pasukan SDAR sepanjang tahun ini. Selain daripada menyediakan persekitaran perlawanan yang sebenar, pemain juga dapat mengetahui kelemahan - kelemahan yang dilakukan dan memperbaikinya.
Pengalaman bertanding di Kejohanan Bola Keranjang anjuran Persatuan Bola Keranjang Negeri Sembilan di Rantau pada hujung bulan lepas ternyata memberi kelebihan kepada pasukan SDAR untuk melawan pasukan SASER. Kemahiran yang dipamerkan oleh pemain semakin meningkat dan diharapkan peningkatan demi peningkatan terus ditunjukkan oleh para pemain SDAR.
Dengan kemenangan 60 -23 dalam perlawanan ini, sudah tentu perjuangan memegang gelaran juara semakin membara dalam kalangan pemain SDAR. Namun ianya pasti menjadi kenyataan sekiranya usaha yang maksimum dan doa yang berterusan ada dalam setiap titis darah pejuang SDAR ini.
0 comments:
Post a Comment