Wednesday, February 24, 2010

PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA: 23 FEB 2010


Pertandingan Syarahan Agama sempena MPI 2010 telah dijalankan pada jam 9.00 malam di Masjid AlQuds. Pertandingan ini bertujuan untuk melahirkan para pelajar SDAR yang mampu berkomunikasi dengan cemerlang, meningkatkan penghayatan dan pengamalan Islam dalam kehidupan. Di samping itu juga, peserta - peserta yang berbakat dapat dikesan untuk di ketengahkan ke Majlis Tadarus AlQuran, MTAQ peringkat daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan.

MTAQ 2010 Peringkat Daerah Seremban 2 akan diadakan pada 27 Mac 2010 di SM Vokasional Ampangan. Antara acara yang akan dipertandingkan ialah Tilawah AlQuran, Hafazan, Syarahan Agama dan Bercerita.

0 comments: