Pertandingan Papan Kenyataan Berinformasi merupakan aktiviti mingguan ke empat kelab/persatuan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Bimbingan & Kaunseling. Sebanyak 16 persatuan/kelab, 9 unit beruniform, BADAR dan Lembaga Pemimpin Pelajar telah dinilai dalam pertandingan ini. Panel penilai ialah Pn. Zainah Ahmad Sisman, Pn. Shariah Shariff, En. Azimi Md Zin dan En. Muhammad Md Derus.
Objektif aktiviti ini dijalankan ialah menerapkan pembudayaan papan kenyataan sebagai sumber rujukan utama para pelajar dan alat dokumentasi sesuatu organisasi. Melalui sesi pembentangan oleh AJK Tertinggi, program ini juga menjadi medium mempertingkat keupayaan para pelajar berkomunikasi secara umum dan membentuk keyakinan diri.
5 organisasi telah dipilih sebagai pemenang kerana memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu berinformasi dan kreatif.
Tempat Ke 5 : Kelab Falak dan Astronomi
Tempat Ke 4 : Kelab Kewangan
Tempat Ke 3 : Kelab Kembara dan Alam Sekitar
Naib Johan : Persatuan Bahasa Jepun
Johan : Pasukan Pengakap
Naib Johan Pertandingan Papan Kenyataan Berinformasi 2010 : Persatuan Bahasa Jepun
0 comments:
Post a Comment