Kejohanan Bola Keranjang Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dianjurkan oleh PIBG dan Persatuan Murid-murid Tua SJK(C) Chung Hua Rantau. Sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian iaitu SDAR, Rantau A, Hup Lee Timber & Hardware, Miracle Tampin, Fasoon Elektrical Trading Seremban, USIM, Rantau B, Kelab Sukan dan Rekreasi Rantau, Kuala Pilah Team dan Q-City Snooker Port Dickson.
Pasukan SDAR telah dijemput untuk menyertai kejohanan ini kerana rekod pencapaian cemerlang yang telah dicapai sepanjang tahun 2009. Kejohanan ini juga memberi ruang kepada pasukan SDAR untuk meningkatkan keupayaan pemain melalui perlawanan yang berdaya saing dan mencabar kerana dibarisi pihak lawan yang lebih dewasa dan berpengalaman dalam kalangan bangsa cina.
Kejohanan Bawah 23 tahun ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan di Gelanggang Bola Keranjang SJK(C) Chunh Hua Rantau. Dalam ucapan perasmian, YAB Menteri Besar melahirkan rasa bangga kerana terdapat 2 pasukan yang terdiri daripada anak - anak Melayu turut mengambil bahagian iaitu SDAR dan USIM. Pujian yang sewajarnya harus diberi kepada pasukan SDAR kerana diwakili oleh pemain bawah 18 tahun.
Walaupun keputusan perlawanan ini tidak menyebelahi pasukan SDAR, namun usaha dan semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan SDAR sudah memberi tanda bahawa sesuatu pencapaian cemerlang mampu dicipta oleh pasukan SDAR ketika HKSBP akan datang. Doa dan harapan diletakkan di bahu mereka untuk menyandang gelaran Johan Pertandingan Bola Keranjang Peringkat Kebangsaan Sekolah Berasrama Penuh 2010. Amin...
0 comments:
Post a Comment