Friday, February 26, 2010

DOA BUAT PASUKAN SDAR...

Cuti panjang sempena Maulidurrasul tidak menjadi penghalang kepada pelajar-pelajar SDAR untuk terus berusaha mengharumkan nama sekolah.
Komitmen yang ditunjukkan oleh mereka bersama - sama dengan guru yang terlibat dalam menjayakan setiap aktiviti yang akan berlangsung pada
26 - 28 Februari 2010 ini merupakan tonggak utama
kecemerlangan kokurikulum SDAR.
Aktiviti yang akan berlangsung pada 26 - 28 Februari 2010 ialah;
1. Bintang Rugby Club International Rubgy 10s Under 13, 14 & 16 di Seri Kembangan pada 27 & 28 Februari 2010
2. Konsert Wind Orkestra SDAR di Auditorium RTM Seremban pada 27 Februari 2010 jam 2.00 petang.
3. Program Jalinan SASDAR pada 26 - 28 Februari 2010 di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
Program SASDAR merupakan program berkembar SAS dan SDAR yang telah
dirancang oleh SAS. Program ini dijadikan program tahunan dan 2010
merupakan tahun pertama pelaksanaannya.
Sebanyak 5 pertandingan akan dijalankan iaitu
Bahas Bahasa Melayu, Debate Bahasa Inggeris, Perlawanan Bola Keranjang,
Lari Berganti-ganti dan Perlawanan Bola Sepak.
Pertandingan ini dijalankan bagi merebut Piala Pusingan SASDAR.
Pada tahun 2011, SASDAR akan dilaksanakan di SDAR.
Semoga SDAR memperolehi kejayaan...

0 comments: