Sunday, February 28, 2010

SDAR SYMPHONIC BAND, DEBATE TEAM DAN BOLA KERANJANG CATAT SEJARAH KECEMERLANGAN 2010

SDAR mencatat sejarah tersendiri terutama dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh apabila menjadi perintis kepada kecemerlangan dan pencapaian yang baharu sahaja dicipta.


La Reverie:The Concert' yang telah diadakan di Auditorium Tuanku Chik, Pusat Penyiaran Tuanku Muhammad Seremban pada 27 Februari lepas merupakan konsert penuh anjuran SDAR SYMPHONIC BAND. Konsert yang berlansung selama 2 jam dengan mendendangkan 11 buah lagu menjadikan SDAR sebagai sekolah pertama menjayakan konsert penuh terutamanya dalam kalangan SBP.
.
.
Pada 26 - 28 Februari 2010, Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya dan SDAR telah menjayakan Piala SASDAR Kali Pertama 2010. Sejarah kecemerlangan telah tercatat di SAS apabila Pasukan Bola Keranjang dan Debate Team menjuarai pertandingan kali pertama ini. Pada tahun 2011, SDAR pula diberikan tanggungjawab untuk menjayakan Piala SASDAR. Semoga SDAR dapat mengekalkan kejuaraan Pertandingan Debate dan Bola Keranjang serta dapat merampas gelaran juara bagi pertandingan bola sepak, Bahas Bahasa Melayu dan Lari Berganti-ganti Jalanraya daripada SAS.

0 comments: