Thursday, March 25, 2010

AKTIVITI UNIT BERUNIFORM KALI KE 8 : PERTANDINGAN TARIK TALI ANTARA UNIT BERUNIFORM


Pertandingan Tarik Tali Antara Unit Beruniform SDAR telah dilaksanakan pada 24 Mac 2010 sebagai pengisian perjumpaan aktiviti kokurikulum pada hari Rabu. Aktiviti ini telah dijalankan pada jam 4.00 petang di padang sekolah dan melibatkan 2 kategori iaitu Menengah Atas dan Menengah Bawah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pasukan PKBM SDAR.
Tujuan aktiviti ini dijalankan ialah untuk memupuk rasa persefahaman dan kerjasama dalam satu pasukan. Selain daripada itu, aktiviti ini dapat membentuk semangat bersaing dan berlumba - lumba mencipta kejayaan. Melalui aktiviti ini juga, elemen yang perlu diterapkan dalam unit beruniform iaitu latihan ketahanan fizikal dapat diaplikasikan dalam kalangan pelajar SDAR.


Keputusan keseluruhan akan dimaklumkan kemudian kerana pertandingan masih diteruskan untuk peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

0 comments: