Thursday, March 25, 2010

CATUR : SDAR TERPILIH WAKIL DAERAH KE MSS NEGERI SEMBILAN 2010

Pada 24 Mac 2010, sesi pemilihan peserta catur MSS Daerah Seremban 2 Kategori bawah 18 tahun ke MSSNS telah berlangsung di SMK Panchor, Seremban. SDAR telah menghantar seramai 4 orang calon iaitu Muhammad Faris b Aminuddin, Uthman B Ab Aziz, Rais bin Abdul Rahman dan Tuan Muhammad Fauzan b Tuan Ibrahim di bawah seliaan Cik Sharida bt Abu Talib.
Berikut adalah keputusan sesi pemilihan:
1. SDAR mendapat tempat pertama Kategori Berpasukan yang diwakili oleh Uthman b Ab. Aziz (Tingkatan 4) dan Tuan Muhammad Fauzan b. Tuan Ibrahim (Tingkatan 3)
2. SDAR mendapat tempat pertama (Tuan Muhammad Fauzan b. Tuan Ibrahim) dan tempat ke 3 ( Uthman b. Ab. Aziz) bagi kategori individu.
Dengan pencapaian tersebut, Tuan Muhammad Fauzan b. Tuan Ibrahim dan Uthman b. Ab . Aziz akan mewakili Seremban 2 ke peringkat negeri.

0 comments: