Monday, March 15, 2010

HKSBP ZON SELATAN 2010 : BAHAS BM SDAR JUARA BARU ZON SELATAN



Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) Zon Selatan baru sahaja melabuhkan tirainya. Program tahunan yang menjadi medan perjuangan arena bola keranjang dan perbahasan dalam kalangan warga SBP Zon Selatan ini telah berlangsung selama 4 hari iaitu 12 hingga 15 Mac 2010 di Sekolah Menengah Sains Muar, Ledang, Johor Darul Takzim.

Berikut adalah laporan pencapaian Sekolah Dato' Abdul Razak dalam HKSBP Zon Selatan 2010



Dengan perlawanan tanpa kalah, Redwings SDAR telah mengekalkan kejuaraan Perlawanan Boal Keranjang HKSBP Zon Selatan dan akan mewakili Zon Selatan ke HKSBP Peringkat Kebangsaan di SMS Pasir Puteh, Kelantan.

Semangat juang SDAR yang tak pernah pudar.


Menerima medal kemenangan daripada Yg.Bhg Tuan Hj Mohd Kholil bin Mohamed
Ketua Penolong Pengarah,
Jabatan Pembangunan Kemanusiaan & Kepimpinan
BPSBPSK, Kementerian Pelajaran Malaysia

Anugerah Pemain Terbaik Bola Keranjang Zon Selatan 2010

Bersatu menjelajah wilayah kegemilangan Zon Selatan




Pasukan Bahas Bahasa Melayu SDAR telah mencatat 4 rekod pencapaian yang tersendiri dalam HKSBP Zon Selatan 2010 iaitu
1. Menewaskan musuh tradisi iaitu Kolej Tunku Kurshiah
2. Menang dalam setiap pertandingan
3. Pembahas Terbaik dimiliki oleh SDAR dalam setiap pertandingan
4. Muncul sebagai juara baru Zon Selatan


Pembahas SDAR yang mengangkat kembali martabat Bahas SDAR

Mohd Luqman Sufyan Junaidi sering menjadi tumpuan sepanjang berlangsungnya HKSBP Zon Selatan 2010.

Jurulatih Utama Bahas, En Muhammad bin Md. Derus sentiasa memberikan khidmat nasihat kepada peserta setiap kali berakhirnya pertandingan sebagai usaha memperbaiki mutu perbahasan peserta.

Pasukan SDAR bertemu STF dalam pusingan ke 2 yang berpihak kepada SDAR dengan kiraan pemilihan juri 5 - 0

SDAR dan TKC akan mewakili Zon Selatan ke HKSBP Peringkat Kebangsaan 2010. SDAR Johan Zon Selatan dan TKC Naib Johan Zon Selatan.


Mohd Thalhah Kamarozaman dan Mohd Luqman Sufyan Junaidi, 15 tahun merupakan pelapis yang berpontensi besar dalam arena perbahasan SDAR dan negara.

Kemenangan yang turut dikongsi bersama oleh semua warga SBP Zon Selatan


Dengan pencapaian ini, SDAR akan mewakili Zon Selatan ke HKSBP Peringkat Kebangsaan nanti. Moga SDAR mampu memikul tanggung jawab ini bersama - sama dengan Kolej Tunku Kurshiah yang telah mendapat naib johan dalam HKSBP Zon Selatan.



Dengan rekod 3 kali menang dan 3 kali kalah pada pusingan pertama, Pasukan Bahas Bahas Inggeris SDAR tidak berjaya ke peringkat seterusnya.

Hujah matang yang dilemparkan menjadikan Aiman Nasardin pembahas terbaik sebanyak 3 kali sepanjang HKSBP Zon Selatan 2010.


Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Mohd Kholil bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemanusiaan dan Kepimpinan, BPSBPSK, KPM. Turut hadir ialah wakil Pengurus Besar Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Cawangan Muar yang telah menyumbang RM 11200.00 kepada pengelola untuk menjayakan program ini.
Berikut adalah keputusan keseluruhan HKSBP Zon Selatan 2010
Bola Keranjang Lelaki
Johan : Sekolah Dato' Abdul Razak, Negeri Sembilan
N. Johan : SMS Muzafar Syah, Melaka
Bola Keranjang Perempuan
Johan : Sekolah Tun Fatimah, Johor
N. Johan : Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan
Bahas Bahasa Melayu
Johan : Sekolah Dato' Abdul Razak, Negeri Sembilan
N. Johan : Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan
Bahas Bahasa Inggeris
Johan : Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan
N. Johan : SMS Muar, Johor

0 comments: