Friday, March 12, 2010

PERTANDINGAN PENULISAN CERITA KREATIF ALAM SEKITAR : SDAR TEMPAT KE 3

Aiman bin Nasardin telah mencatat satu lagi kejayaan SDAR apabila cerita kreatif bertemakan alam sekitar yang ditulisnya telah mendapat tempat ke 3 Peringkat Kebangsaan. Pengumuman telah dibuat oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia bersama Unit Promosi Pelancongan Kerajaan Negeri Melaka bersempena dengan Program Sambutan Pemerhatian Helang 2010 . Sambutan Pemerhatian Helang merupakan program tahunan yang dianjurkan bagi meraikan kepulangan helang - helang yang melintasi Sumatera melalui Selat Melaka Ke Tanjung Tuan untuk menyambung perjalanan mereka ke Hemisfera Utara.
Selain daripada itu, 4 orang pelajar SDAR iaitu Muhammad Izzat Nizam, Mohamed Aiman Rafid, Mohd Faqeh Zaaba dan Mohd Nurzulkhairi Mohd Yusuff turut akan menyertai Perkhemahan Kelab Pencinta Alam Zon Selatan sempena dengan Minggu Pemerhatian Helang ini. Perkhemahan akan diadakan di Casa Rachado Resort, Port Dickson mulai 12 - 14 Mac 2010.

0 comments: