Saturday, March 6, 2010

KEJOHANAN KRIKET SBP ZON SELATAN : SDAR TIDAK CAPAI SASARAN


Kejohanan Kriket SBP Zon Selatan masuk hari ke 2. Pagi tadi SDAR telah bertemu Sekolah Menengah Sains Johor dan kemenangan berpihak kepada Sekolah Menengah Sains Johor. Dengan keputusan tersebut, SDAR menjadi Naib Johan Kumpulan pada pusingan pertama dan melayakkan diri ke pusingan ke dua.

Setelah undian dijalankan, SDAR diletakkan di dalam kumpulan yang sama dengan Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi dan SBPI Jempol. Perlawanan pusingan ke 2 telah berlangsung mulai jam 3.00 petang tadi. Berikut adalah keputusan perlawanan pusingan ke 3
1. SDAR lwn SMS Kota Tinggi ( SDAR kalah)
2. SDAR lwm SBPI Jempol ( Seri kerana hari hujan dan perlawanan tidak dapat dijalankan)

Dengan keputusan tersebut, SDAR terpaksa akur dengan prestasi yang dicapai iaitu tidak mencapai sasaran untuk melangkah ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di STJ akan datang. SMS Johor dan SMS Kota Tinggi dijangka akan beraksi pada peringkat akhir dan mewakili Zon Selatan di peringkat kebangsaan kelak.

0 comments: