Sunday, March 7, 2010

BOLA KERANJANG PERGIAT PERSIAPAN KE HKSBP

Pasukan Bola Keranjang SDAR atau lebih dikenali sebagai Redwings tidak lagi mengenal erti santai. Latihan demi latihan dijalankan demi sebuah cita - cita iaitu Juara Pertandingan Bola Keranjang Peringkat Kebangsaan SBP 2010. Bermula dengan menyertai Pertandingan Bola Keranjang Piala Menteri Besar Negeri Sembilan di Rantau pada awal tahun, beberapa siri latihan dan perlawanan di atur untuk memantapkan pasukan ini.




Pada 6 Mac 2010 (Sabtu) jam 5.30 petang, satu perlawanan persahabatan telah dijalankan di gelanggang bola keranjang SDAR yang mempertemukan SDAR dengan pasukan dari Banting, Selangor. Pasukan dari Banting ini adalah team pemain - pemain bola keranjang SDARA dengan rakan - rakannya. Kemenangan telah berpihak kepada SDAR dengan lebihan satu mata sahaja.

Siri perlawanan diteruskan lagi pada 7 Mac 2010 (Ahad). Pada hari ini pasukan Redwings dibahagikan kepada 2 perlawanan iaitu Perlawanan Bola Keranjang 3 on 3 di Terminal 2 Seremban anjuran NSBA dan Perlawanan Bola Keranjang Terbuka Kuala Lumpur Bawah 23 Tahun anjuran KLBA.


Dalam Perlawanan Bola Keranjang 3 on 3, SDAR telah disertai oleh 12 pasukan yang terdiri daripada kategori bawah14 tahun, bawah 16 tahun dan bawah 18 tahun. Pencapaian tertinggi SDAR ialah 2 pasukan telah layak ke pusingan ke 2 dalam kumpulan.
Dalam Perlawanan Bola Keranjang Terbuka Kuala Lumpur Bawah 23, pasukan SDAR kalah dengan pasukan lawan. Perlawanan ke 2 yang akan berlangsung di MABA, Kuala Lumpur akan diadakan pada 20 Mac 2010 akan datang.

Objektif utama Redwings SDAR menyertai pertandingan adalah untuk meningkatkan keyakinan para pemain dalam situasi sebenar perlawanan.

0 comments: