Wednesday, March 10, 2010

AKTIVITI PERSATUAN/KELAB KALI KE 7 : 10 MAC 2010

Aktiviti persatuan / kelab kali ke 7 ini dimulakan dengan perhimpunan rasmi di Dewan Tun Abdul Razak pada jam 3.30 petang. Dalam perjumpaan ini semua pelajar dikehendaki mengisi borang penglibatan aktiviti kokurikulum yang telah disertai, jawatan dan sumbangan di sekolah pada bulan Januari hingga Mac 2010. Maklumat ini penting untuk urusan mengemaskini markah sistem rumah dan pemarkahan 10% markah kokurikulum ke IPTA bagi setiap pelajar. Di samping itu juga, maklumat ini diperlukan oleh PK Kokurikulum untuk menganalisis status setiap pelajar terhadap penglibatan kokurikulum dan tindakan susulan yang perlu diambil.

Selepas urusan pengisian borang selesai, program diteruskan dengan tayangan video oleh Badan Dakwah dan Rohani SDAR. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menerapkan nilai - nilai kerohanian dalam kehidupan warga SDAR melalui tayangan video. Di samping itu juga, tayangan ini bertujuan untuk santai setelah warga SDAR bertungkus lumus menghadapi Ujian Mac 2010.

0 comments: