Friday, March 12, 2010

HKSBP ZON SELATAN : PERJUANGAN DEMI SDAR

Perjuangan demi SDAR bermula...
Seramai 23 orang pelajar dan 7 orang guru akan berkampung di Sekolah Menengah Sains Muar, Johor selama 4 hari bermula hari ini hingga 15 Mac 2010 dalam misi mengharumkan nama SDAR melalui Perlawanan Bola Keranjang, Bahas dan Debate yang dirangkumkan di bawah satu program iaitu Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) Zon Selatan.
Perjuangan akan bermula dengan Pertandingan Bahas dan Debate Sesi 1 pada malam pertama 12 Mac 2010 jam 9.00 malam. SDAR di himpunkan dengan pasukan SMS Johor, SMS Rembau, SAKTI, TKC, STJ dan SASER bagi Pertandingan Bahas Pusingan Awal. Manakala pula bagi Debate, SDAR dikelompokkan dengan pasukan SMS Johor, Mozac, SAKTI, STF, SASER dan SMS Sultan Iskandar.
Perlawanan Bola Keranjang akan bermula pada 13 Mac 2010 jam 8.00 pagi. SDAR diletakkan dalam Kumpulan A bersama - sama dengan SMAP Labu dan SBPI Selandar. Dengan sasaran mengekalkan kejuaraan, Redwings SDAR diharapkan mampu memikul tanggung jawab dan menunaikan harapan seluruh warga SDAR.
Ketua Kontingen, En. Muhamad Yazid berharap misi mengharumkan nama SDAR akan menjadi kenyataan dengan sokongan dan doa daripada seluruh warga SDAR dan SDARA yang setia.

0 comments: