Wednesday, March 10, 2010

PANCARAGAM SDAR DI STADIUM PAROI : 10 MAC 2010

Pasukan Pancaragam SDAR terus diberi pengiktirafan oleh masyarakat sekeliling apabila dijemput untuk mengiringi perbarisan sempena Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sri Mawar, Senawang di Stadium Paroi pada jam 8.00 pagi hari ini. Selain daripada mengiringi perbarisan, Pasukan Pancaragam SDAR turut mengiringi nyanyian Negaraku dan mengadakan persembahan pada waktu rehat kejohanan tersebut.
Sebelum ini, Sekolah Kebangsaan Seri Pagi, Senawang telah menjemput Pancaragam SDAR untuk program yang sama pada 6 Mac 2010. Program - program sebegini wajar dipuji dan diteruskan oleh pasukan pancaragam kerana sejajar dengan hasrat SBP untuk memasyarakatkan warga SBP dan sesuai dengan hasrat SBT untuk mengadakan program jalinan dengan organisasi tempatan.

Usaha yang dijalankan oleh peserta pancaragam ini sudah tentu menjadi contoh dan pendorong kepada warga SDAR yang lain agar turut melaksanakan program - program yang sesuai dengan konsep SBT.

0 comments: