Monday, March 8, 2010

PEMBINAAN GELANGGANG FUTSAL NAIKTARAF AKTIVITI KOKURIKULUM SDAR


Aktiviti kokurikulum Sekolah Dato' Abdul Razak terus dinaiktaraf dengan pembinaan gelanggang futsal. Gelanggang yang berkeluasan standard ini dibina berhampiran dengan terminal bas SDAR dilengkapi dengan tandas, bilik persalinan dan spotlight untuk kegunaan pada waktu malam. Usaha - usaha menambak tanah sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada penghujung bulan Mac ini. Dengan pembinaan gelanggang ini, para pelajar akan dapat menjalankan aktiviti kokurikulum dengan selesa dan pelbagai pertandingan futsal dapat dianjurkan dengan lebih kerap.

Harapan SDAR untuk memiliki gelanggang futsal menjadi realiti apabila permohonan SDAR telah mendapat perhatian istimewa daripada YB Dato' Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan. Segala kos pembinaan akan dibiayai oleh kementeriannya. Terima kasih kepada YB yang juga merupakan SDARA.

2 comments:

Anonymous said...

court bola keranjang bagaimana?
mengecewakan.

Anonymous said...

sdar semakin terbilang. Tingkatkan lagi kecemerlangan sdar..dan jadi no. 1 di Malaysia