Wednesday, March 10, 2010

PERTANDINGAN PERSAHABATAN DEBATE : 10 MAC 2010

Pasukan Debate SDAR telah menganjurkan Pertandingan Persahabatan dengan Sekolah Menengah Sains Rembau. Pertandingan telah dijalankan pada jam 3.30 petang di Dewan Kuliah SDAR. Objektif program ialah sebagai persediaan pasukan SDAR menghadapi HKSBP Zon Selatan. Dengan tajuk THBT Moral Decline Among Youths Is Because Of Disintegration Of Family Unit, kemenangan berpihak kepada pasukan Debate SDAR.

Menurut Pn. Hasni Bakar, guru penasihat Pasukan Debate Sekolah Menengah Sains Rembau, pasukan Debate sekolahnya baru sahaja dibentuk dan program ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta tersebut.

Selepas tamat pertandingan, para peserta kedua- dua sekolah berdiskusi dan bertukar - tukar pendapat untuk memperbaiki mutu perbahasan mereka.

0 comments: